Kasut paling lembut

Kuala Lumpur: Kasut atau sepatu adalah aspek utama yang melengkapkan pemakaian kita dalam kehidupan seharian.
Kehadiran kasut yang sesuai dengan majlis mahupun acara bukan sahaja memperlihatkan si pemakai kelihatan segak dan menawan, malah memberi perlindungan kepada kaki.
Dengan kehadiran teknologi masa kini, jenama kasut antarabangsa Joya tampil dengan empat lapisan kasut bagi memberi keselesaan pada tahap maksimum kepada pengguna.
Pengurus Operasi Joya Malaysia Zulhafizi Mohd Isa berkata, Joya adalah kasut paling lembut di dunia yang menyediakan keselesaan unik ketika berjalan sama ada dalam jarak jauh mahupun dekat serta ketika berdiri dalam tempoh lama.
“Perbezaan kasut jenama Joya dan kasut lain yang ada di pasaran tampak jelas daripada langkah pertamanya. Joya membangunkan pelbagai teknologi tunggal untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza menggabungkan garis moden dan reka bentuk selesa.
“Mempunyai empat lapisan tapak kasut, ia merangkumi tapak boleh bernafas antibakteria Ortholite yang boleh dibasuh, selain lapisan kedua dari atas yang fleksibel disesuaikan mengikut bentuk kaki,” katanya.
Zulhafizi berkata, dengan lapisan ketiga diperbuat daripada bahan poliuretana (PU) lembut bagi penyerapan, kasut Joya memberikan kelegaan ketika pengguna memakainya dalam tempoh agak lama.
“Malah buat kali pertama dalam industri kasut dunia, Joya diberi pengiktirafan Persatuan Jerman, Aktion Gesunder Rücken (AGR) kerana menghasilkan produk yang menyokong sistem tulang belakang, selain urutan pergerakan semula jadi menggalakkan pemakai berjalan aktif,” katanya.
Pengurus Pemasaran Joya Malaysia Ahmad Nasrul Nadzri berkata, setakat ini, Joya Malaysia menawarkan 15 koleksi kasut termasuk sandal.
“Pada Julai nanti, Joya Malaysia membawa masuk 10 lagi koleksi baru membabitkan model kasut musim bunga dan panas.
“Bagi mengukuhkan jenama ini, Joya Malaysia membuka satu lagi cawangan bertempat di Quill City Mall pada Julai ini,” katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »