Sabah lega di tempat sendiri

Kota Kinabalu: Sabah menutup tirai pusingan pertama Liga Perdana dengan kemenangan tipis ke atas Perlis 1-0 di Stadium Likas malam ini.
Dengan kemenangan itu Sabah mengumpul 11 mata daripada 11 perlawanan - menghuni tangga kesembilan di belakang Perlis.
Perlis berpeluang mendahului menerusi percubaan Kayne Vincent m-5 namun sepakannya terus ke arah dakapan penjaga gol Sabah Rozaimie Rohim.
Pemain import tuan rumah, Prince Tochukwu Nnake berpeluang menjaringkan gol pertama Sabah selepas mendapat bola sepakan percuma daripada Dedi Kusnandar m-29 namun tendangannya tinggi melepasi palang Perlis.
Tuan rumah akhirnya memperoleh gol pertama hasil jaringan Maxsius Musa m-37 selepas berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Perlis Azizon Abd Kadir.
Sabah berpeluang menambah gol kedua menerusi percubaan Leopold Alfonso Otong m-44 tetapi sepakannya tersasar ke tepi gawang pasukan pelawat.
Sabah sekali lagi berpeluang menambah gol kedua menerusi percubaan Leopold m-52 tetapi gagal menyambut bola hantaran Ummareng Bacok.
Usaha pasukan mencari gol penyamaan tidak kesampaian selepas setiap percubaan dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »